Sukan Hari Ini

Van Persie Buat Penampilan Sulung Bersama Fenerbahce

ROBIN van Persie melakukan penampilan pertama bersama Fenerbahce tetapi gagal membantu pasukan itu mencipta sebarang keajaiban apabila terikat seri tanpa jaringan dengan Shakhtar Donetsk pada aksi kelayakan pusingan ketiga Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu.

Penyerang kebangsaan Belanda yang meninggalkan Manchester United pada musim panas ini diturunkan pada minit ke-68 tetapi masih belum menemui sentuhan berbisanya.

Van Persie menggantikan Moussa Sow.

Bekas rakan pasukan Van Persie di United, Nani turut beraksi pada perlawanan tersebut tetapi masih gagal membantu Fenerbahce untuk bangkit melakar kemenangan.

Nani bermula dengan bergaya apabila memaksa penjaga gol Shakhtar, Andriy Pyatov melakukan penyelamatan menerusi rembatan bola rendahnya pada minit keenam.

Shakhtar mempunyai peluang untuk menjaringkan gol menerusi Alex Teixeira dan Taison pada babak pertama, tetapi percubaan tersebut tersasar.

Fenerbahce terus memberi tekanan kepada Shakhtar yang nyaris menerjah gawang menerusi percubaan Taison tetapi berjaya diselamatkan.

Dalam perlawanan berasingan, Monaco menewaskan Young Boys 3-1 di Switzerland.

Panathinaikos pula bangkit dengan kemenangan 2-1 selepas ketinggalan di belakang Club Brugge menerusi jaringan Marcus Berg dan Nikos Karelis.

Sementara itu, CSKA Moscow terikat 2-2 dengan Sparta Prague di gelanggang sendiri manakala Apoel menang 2-1 ke atas Midtjylland.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");