Panasnya Hari Ini

Video Muhyiddin Kongsi Cerita Isu 1MDB Jadi Viral

KUALA LUMPUR: Sebuah video singkat memyaksikan perbualan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedang bercerita kononnya mengenai butir-butir perbualan beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung 1MDB telah menjadi viral sejak malam semalam.

Klip video itu yang kelihatan dirakam menggunakan telefon bimbit, menunjukkan Muhyiddin sedang duduk dengan beberapa tetamu di rumahnya.

Memetik sumber daripada Mstar, Video 53 menyaksikan Muhyiddin telah berbicara dengan Najib mengenai dakwaan wang yang disalurkan ke akauan peribadinya seperti yang dilaporkan dalam laporan Wall Street Journal.

Turut kelihatan dalam video tersebut, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Muhyiddin telah melayan beberapa tetamu pada petang Selasa selepas pengumuman beliau digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan.

Menurut Mstar lagi, The Star Online turut menghubungi, bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Abdul Kadir bagi mengesahkan kehadirannya ke rumah Muhyiddin pada Selasa lalu.

“Kami berbual secara sulit dan santai di kalangan teman-teman lama. Tetapi saya tidak boleh mengesahkan apa perbualan peribadi dan sulit itu,” katanya.

“Terdapat ramai orang di sekeliling, dan kita berbincang mengenai banyak perkara,” katanya.

Beliau tidak tahu bahawa perbualan tersebut telah dirakam namun menyedari ramai pihak yang telah mengambil gambar pada ketika itu.

“Saya mendengar orang memberi amaran: ‘Jangan rekod. Jangan tangkap gambar,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");