Jenayah

Warga emas maut digilis bas

BATU PAHAT – Seorang warga emas maut serta-merta di tempat kejadian setelah digilis sebuah bas, di Kilometer 111, Jalan Johor Bahru Seremban, berhampiran dengan Taman Kota, Yong Peng, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.05 pagi itu, mangsa, Tan Poh Joo, 80, cedera parah di badan selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan dan terjatuh sebelum digilis oleh sebuah bas.

“Bas berkenaan datang dari arah Yong Peng menuju ke Terminal Bas Taman Kota dan membelok ke kiri untuk memasuki simpang ke terminal bas.

“Ketika membelok, sebuah motosikal yang berada di sebelah bas hilang kawalan lalu terjatuh sebelum digilis oleh tayar belakang bas terbabit.

“Penunggang motosikal berkenaan meninggal dunia serta merta di tempat kejadian setelah cedera parah di badan,” katanya.

Tambah Din, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh warisnya.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");