Sukan Hari Ini

Wimbledon: Serena, Sharapova bertembung di separuh akhir

LONDON: Serena Williams melangkah ke separuh akhir tenis Wimbledon untuk bertemu Maria Sharapova selepas pemain wanita nombor satu dunia itu bergelut sebelum menang ke atas Victoria Azarenka 3-6, 6-2, 6-3 malam tadi.

Williams hampir dikejutkan apabila memulakan perlawanan agak perlahan di Centre Court, namun juara lima kali Wimbledon itu bangkit sebelum mengetepikan cabaran Azarenka yang juga pemain pilihan ke-23 kejohanan.

Namun Serena dikerah bermain dua jam dan tiga minit selepas tewas set pertama sebelum menyudahkan dua set berikut yang berpihak kepadanya.

Pemain Amerika Syarikat (AS) berusia 33 tahun itu kini mensasarkan gelaran Grand Slam keempat berturut-turutnya untuk menjadikan jumlah gelaran ke-21.

MARIA Sharapova dari Russia meraikan kemenangannya menewaskan pemain AS, Coco Vandeweghe. – Foto EPA Dia akan bertemu pemain nombor empat dunia, Sharapova, esok namun Serena masih memegang rekod kemenangan 17-2 ke atas Sharapova.

“Permainan saya kadang-kadang menurun dan naik. Namun saya masih terselamat dan saya pun tidak tahu bagaimana,” katanya selepas perlawanan.

Juara lima kali Grand Slam, Sharapova pula turut diasak kepada perlawanan tiga set sebelum menumpaskan pemain AS, Coco Vandeweghe 6-3, 6-7 (3/7), 6-2.

Dia mengambil masa dua jam dan 45 minit sebelum mengetepikan Vandeweghe untuk melangkah ke suku akhir kali kelimanya dan pertama sejak 2011.

Satu lagi aksi separuh akhir bakal menyaksikan naib juara Wimbledon 2012, Agnieszka Radwanska bertemu pemain pilihan ke-20, Garbine Muguruza.

Radwanska, peman pilihan ke-13 dari Poland menumpaskan pemain AS yang juga pilihan ke-21, Madison Keys 7-6 (7/3), 3-6, 6-3 pada suku akhir semalam. – AFP

– http://www.bharian.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");