Sukan Hari Ini

Zahasmi pengendali Kelantan

PENOLONG jurulatih, Zahasmi Ismail dilantik selaku pengendali sementara The Red Warriors bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim berkata, Zahasmi diberi tanggungjawab untuk mengendalikan pasukan itu setelah Ketua Jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah meletak jawatan, dua hari lalu.

“Dia (Zahasmi) dilantik untuk memangku jawatan ketua jurulatih dan akan dibantu oleh seorang lagi penolong jurulatih, Sideek Samsudin dan jurulatih penjaga gol, Ismail Chawalit Abu Bakar untuk mengendalikan latihan pasukan Kelantan, bermula hari ini.

“Tugasan pertama dia adalah mempersiapkan pasukan bagi menghadapi perlawanan Liga Super, pertemuan Kelantan menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Shah Alam, malam esok,” katanya semalam.

Menurutnya, pelantikan Zahasmi, 48, adalah bersifat jangka pendek sebelum pihak pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) membuat pengumuman rasmi mengenai pengendali baharu pasukan itu, sedikit masa lagi.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");