Panasnya Hari Ini
Like

Zahid Garis Lima Fokus Utama

July 31, 2015
93 Views
0 Comments
1 minute read
Zahid Garis Lima Fokus Utama

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menterjemahkan lima keutamaan yang bakal diberi fokus olehnya setelah menggalas tugas baharu bagi membantu melancarkan pentadbiran negara.

Memetik sumber daripada laporan akhbar tempatan, beliau memberi fokus kepada tindakan menterjemahkan sebarang agenda yang ada dalam saluran pemikiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terutama dalam menentukan semua program kerajaan termasuklah perkara-perkara yang sudah atau belum digariskan.

Kedua, beliau juga akan memberi keutamaan bagi menguruskan persepsi pelbagai program transformasi kerajaan yang berkemungkinan masih belum jelas oleh rakyat.

Tafsiran tersebut pastinya akan berbeza berdasarkan latar belakang terutamanya bagi golong cerdik pandai yang mendambakan sesuatu yang baharu untuk dikecapi rakyat.

Zahid juga turut memberi keutamaan dalam menyelesaikan permasalahan dalaman parti untuk mengukuhkan dan meremajakan UMNO serta meletakkan parti di landasan dokongan daripada pemimpin akar umbi.

Fokus keempat pula berkisar kepada pelaksanaan agenda baharu untuk dilaksanakan seharusnya berpijak kepada ekonomi rakyat dan tidak terjebak kepada ekonomi kapitalisme bagi menghindar gelombang penolakan rakyat.

Manakala keutamaan kelima, adalah bagi mewujudkan penyatuan secara fikrah dengan menyeru semua pihak yang berbeza pendapat.

Penyatuan ini turut melibatkan pemimpin pembangkang, badan bukan Kerajaan (NGO) cendekiawan serta ahli agama supaya duduk semeja secara harmoni bertujuan bagi menggariskan agenda nasional dan memperkasakan Malaysia.

Komen & Pendapat

Leave a Reply