Panasnya Hari Ini

Zahid Hamidi Cuma Timbalan Perdana Menteri Sementara? – Bekas Menteri Penerangan

KUALA LUMPUR: Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa, pelantikan Datuk Seri Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin bersifat sementara.

Bekas Menteri Penerangan itu mempunyai teorinya tersendiri iaitu, melalui pelantikan Zahid, ianya akan memudahkan laluan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien untuk mengambil alih tempat sebagai Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri pada masa yang sesuai.

“Yang menjadi tanda tanya sekarang ialah adakah pelantikan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri hanya bersifat sementara bagi memberikan laluan ke puncak kepada Datuk Seri Hishamuddin yang juga pernah menjadi Menteri Dalam Negeri dan banyak menyimpan rahsia-rahsia penting kementerian itu,”katanya, memetik laporan Malaysiakini.

Beliau juga turut mempertikaikan rombakan yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam telah mengendalakan keperluan menyediakan laporan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah menghampakan rakyat.

Katanya lagi, rombakan yang dibuat itu juga hanya mengutamakan kelangsungan pentadbiran Najib dalam Negara.

“Jika Najib mengambil berat terhadap kepenatan penantian rakyat terhadap laporan 1MDB, maka tentulah beliau menangguhkan dahulu pengumuman kabinet barunya yang memerlukannya mengambil tiga orang yang sedang menjalankan untuk menyiapkan laporan hasil siasatan itu.

“Demikianlah juga penyingkiran peguam Negara, Tan Sri Gani Patail yang terlibat dalam tugas yang sama,”ujarnya.

Zainuddin turut berkata, rakyat kini mampu melihat keperluan kepada rombakan itu berikutan ‘bahaya yang datang dari kenyataan Muhyiddin’ yang mengenai 1MDB dalam satu majlis UMNO Cheras baru-baru ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");