Perak Hari Ini
Like

Zamri Man Datuk Bandar Ipoh Baharu

July 1, 2015
566 Views
0 Comments
2 minutes read
Zamri Man Datuk Bandar Ipoh Baharu

IPOH: Datuk Zamri Man dilantik selaku Datuk Bandar Ipoh baharu menggantikan Datuk Haron Rawi yang telah bersara berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam satu sidang media di Bangunan Setiausaha kerajaaan Negeri di sini hari ini.

“Kerajaan negeri mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih atas sumbang Datuk bandar terdahulu yang berkhidmat selama satu tahun enam bulan bermula 1 Januari 2014 yang lalu.

“Diharapkan perlantikan Datuk Zambri Man memberikan pembangunan dan pengurusan yang lebih mantap kepada Bandaraya Ipoh,” katanya.

Zambri yang sebelum ini merupakan Yang dipertua Majlis Perbandaran Manjung telah berjaya meletakkan majlis Perbandaran terkenal  dan membangun berdasarkan latar belakang pentadbiran beliau sejak tahun 2007.

“Ini termasuklah pencapaian utama yang dicapai iaitu Majlis Perbandaran yang terbaik,” katanya.

Majlis Perbandaran Manjung pada tahun lalu juga berjaya mendapat tempat ke-3 sebagai Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran terbaik di Malaysia.

“Kita harapkan Datuk Bandar baharu yang dilantik serta pasukannya akan dapat bekerja keras membangunkan Bandaraya Ipoh salah satu yang terbaik,”

Beliau merupakan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung turut berpengalaman dalam bidang seperti pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran tanah dan Pembangunan Daerah.

Sementara itu,Mohamed Nasser Abdul Razak pula dilantik selaku Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi negeri mulai 16 April 2015.

Beliau menggantikan jawatan Meor Ismail Meor Hakim yang berpindah ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) Cawangan Negeri.

Nasser yang berpengalaman dan berkhidmat di dalam perkhidmatan Awam selama 19 tahun turut mempunyai pengalaman dalam bidang seperti Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Perancangan Ekonomi negeri dan Pentabdiran Tanah dan pembangunan daerah.

Komen & Pendapat

Leave a Reply