Membawang Hari Ini

Zara Zya: Bisnes tudung makin perlahan

BUKAN hanya orang biasa, tetapi golongan artis juga tidak ketinggalan menjalankan perniagaan mencari pendapatan tambahan.

Namun, menjalankan perniagaan bukanlah mudah, banyak cabaran perlu ditempuhi sebelum berjaya.

Begitulah yang dihadapi pelakon Hidayahmu Ramadan, Zara Zya dalam perniagaan tudungnya yang kebelakangan ini semakin perlahan.

“Pada awal dahulu, memang jualan tudung yang menggunakan nama ZaraZya mendapat sambutan amat baik dan berjalan lancar, namun kini agak perlahan.

“Mungkin orang tidak boleh terima artis yang tidak memakai tudung menjual tudung. Lagipun saya sibuk dengan penggambaran dan tiada pembantu uruskan perniagaan itu secara serius,” katanya pada majlis Syukur Selalu Syawal anjuran Media Prima.

Akur dengan persaingan sengit, Zara Zya berkata, terlalu banyak jenama tudung di pasaran yang melibatkan artis popular dengan kejayaan tersendiri.

Menyifatkannya sebagai rezeki masing-masing, Zara Zya tetap bersyukur kerana perniagaan makanan yang diusahakan sejak tahun lalu mendapat sambutan yang baik.

“Saya masih sibuk menyiapkan pesanan kuih raya terutama kuih gunting dan sambal. Apabila selesai nanti barulah saya fikirkan mengenai persiapan diri saya menjelang Syawal,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");