Jenayah

11 Sekeluarga Terselamat

PEKAN: Seramai 11 sekeluarga terselamat dalam kejadian kebakaran yang meranapkan sebuah rumah dan seluruh harta benda mereka di Kampung Panchor kira-kira jam 5.45 petang 3 Ogos lalu.

Salah seorang mangsa, Mohd Khairi Shahrizal Ishak, 26, berkata, ketika kejadian dia bersama ibu bapa, abang, kakak ipar dan anak saudaranya sedang berehat di ruang tamu rumah.

Menceritakan kembali tragedi malang yang menimpa seisi keluarganya pada 3 Ogos lalu, api mula tercetus di bilik tetamu dan kebakaran hanya disedari kakak iparnya yang ternampak kepulan asap keluar dari tingkap bilik berkenaan.

“Ketika sedang menonton televisyen, saya ada terdengar suara kakak ipar yang agak kuat..namun ingatkan dia sedang bercakap dengan anaknya..namun tidak sangka rumah terbakar.

“Kakak ipar sempat menjerit kepada abang selepas nampak asap.. bila diperiksa nampak api mula marak dan kami cuba untuk padam dengan air tetapi gagal,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Mohd Khairi berkata, keadaan menjadi kelam kabut kerana api marak amat pantas namun semua ahli keluarga yang berada dalam rumah telah selamat keluar menyelamatkan diri.

“Tiada satu barang pun dapat diselamatkan kerana api mula merebak ke setiap bahagian rumah dan apa yang kami ingat hanya keselamatan nyawa setiap ahli keluarga.

“Tiga motosikal rosak akibat kebakaran manakala salah satu cermin tingkap dua kereta yang diletak berhampiran rumah terpaksa dipecahkan untuk angkat brek tangan dan dialihkan segera,” katanya.

Menurutnya, seramai 14 ahli keluarga termasuk dirinya tinggal di rumah berkenaan kini terpaksa menumpang di rumah abangnya yang terletak bersebelahan.

“Walaupun rumah yang ada sempit untuk memuatkan kami sekeluarga namun apa yang penting, kami terselamat dari tragedi itu,” katanya.

Sementara itu, anakanda Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Tengku Abdullah berkenan hadir melawat keadaan semua mangsa serta menyampaikan sumbangan peribadi daripada Tengku Mahkota Pahang serta Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip).

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");