Panasnya Hari Ini

1MDB: Sampai Bila Nak Tunggu Keputusan? – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan sampai bila rakyat perlu menunggu bagi mengetahui hasil siasatan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kenyataan terbuka itu diluahkan ketika beliau berucap bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pontian, hari ini.

Katanya lagi, rakyat sudah cukup bersabar untuk menunggu keputusan tersebut berikutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sudah kerap kali mengulangi gesaan supaya bersabar.

“Perdana Menteri kata tunggu, tunggu penyiasatan. Tunggu, tunggu. Berapa lamalah nak tunggu, sampai bulan jatuh ke riba?,”katanya, memetik laporan Malaysiakini.

Katanya yang, terdapat jangka waktu yang dianggap munasabah untuk menunggu hasil siasatan ke atas syarikat milik Negara itu.

“Bila dah lewati batas kemunasabahan, maka keyakinan akan runtuh.

“Rakyat tak percaya, mereka akan kata ‘awak boleh cakap apa sahaja, tapi kami tak percaya kamu’,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");