Berita Hari Ini

Adakan sidang tergempar, pinda Akta Komunikasi

SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said mencadangkan sidang Parlimen tergempar diadakan bagi membuat pindaan secepat mungkin ke atas Akta Komunikasi dan Mutimedia (AKM) 1998.

Menurut Azalina menerusi sebuah kenyataan, pindaan turut digesa dibuat ke atas undang-undang melibatkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

“Pindaan-pindaan ini perlu dilaksanakan kerana pembohongan-pembohongan yang berlaku meracuni pemikiran rakyat sehingga menimbulkan persepsi negatif kepada kerajaan,” katanya.

Menteri Komunikasi dan Multmedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini menggesa kerajaan mengkaji semula Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) di negara ini.

Ini kerana menurut beliau, penggunaan internet dan media sosial dilihat dipelopori terlalu meluas dan tanpa mengikut undang-undang.

“… Tambahan pula, media sosial sejak kebelakangan ini telah dijadikan medan untuk menyalahgunakan kebebasan bersuara yang bertentangan dengan prinsip demokrasi,” ujarnya lagi.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");