Berita Hari Ini

Ahli Perkasa Bebas Sertai Bersih 4.0 – Ibrahim Ali

PETALING JAYA: Anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) bebas untuk menyertai perhimpunan Bersih 4.0 sekiranya mereka mahu, kata presidennya, Datuk Ibrahim Ali.

Ibrahim berkata, walaupun ahli Perkasa boleh menyertai perhimpunan pada hujung minggu ini tetapi kepimpinan kumpulan itu kekal mengambil pendirian yang neutral.

“Ia adalah hak individu. Kita tidak menghalang mereka tetapi kita juga tidak menyokongnya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Perkasa di Kuala Lumpur, Rabu.

Ibrahim berkata, Perkasa teragak-agak untuk menyatakan sokongannya terhadap Bersih kerana dikhuatiri perhimpunan itu boleh mengancam keselamatan negara.

“Kita hormati hak orang ramai untuk menyertai perhimpunan itu tetapi kita juga bimbang terhadap keselamatan negara,” katanya.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");