Panasnya Hari Ini

Azmin Ali Jangka Akan Ada Perubahan Besar Hujung Tahun Ini

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) merasakan bakal berlakunya perubahan besar dalam sistem pentadbiran negara ini menjelang akhir tahun ini jika undi tidak percaya dilakukan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kerjasama pihak pembangkang,Umno dan Barisan Nasional (BN) .

Memetik sumber daripada Freemalaysiatoday, jangkaan itu dilemparkan oleh Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali.

Beliau turut memberi saranan supaya kerjasama dapat dibentuk diantara Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) pihak pembangkang untuk membawa perubahan baharu kepada negara.

“Kita akan bekerjasama dengan semua Ahli Parlimen yang mahukan perubahan dan saya mengajak Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) supaya ada bangkit untuk menyelamatkan negara dan memulihkan ekonomi.

“Pada ketika ini pakatan pembangkang ada 88 Ahli Parlimen…kita perlukan hanya 30 lagi,” katanya dalam majlis menandatangani Skim Pembiayaan Perumahan Kerajaan negeri Selangor bersama Maybank Berhad hari ini.

Beliau turut melontarkan pendapat bahawa pentadbiran Najib kini, menjadikan negara dalam keadaan yang teruk dengan keadaan ekonomi yang semakin merosot dengan nilai Ringgit yang merundum

Senario tersebut jelasnya boleh menghancurkan negara.

Mengulas mengenai isu Bersih 4.0 yang akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini, beliau mengakui akan menyertainya bersama ahli PKR lain.

“Ya, saya akan sertainya.. PKR Selangor pun akan turut turun ke perhimpunan itu kerana ia dilihat sebagai hak mereka bukan sahaja dalam kalangan penyokong pembangkang atau perjuangan yang dibawa Bersih,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");