Sukan Hari Ini

Amelia-Fie Cho sasar 10 terbaik dunia

WALAUPUN gagal mara ke separuh akhir Kejohanan Dunia 2015, namun beregu wanita negara, Amelia Alicia Anscelly dan Soong Fie Cho yakin mampu berada pada kelompok 10 terbaik sebelum berakhir tahun ini.

Amelia berkata, selepas mengejutkan beregu wanita nombor satu dunia, Misaka Matsumoto-Ayaka Takahashi dari Jepun sebelum kecundang kepada pasangan Indonesia di suku akhir, beliau merasakan bahawa keyakinannya semakin menebal dan sentiasa bersemangat untuk memberi cabaran kepada pemain utama.

“Walaupun tidak ke separuh akhir, namun kami tetap berbangga dengan pencapaian ini.

“Kejohanan Dunia telah berikan kami keyakinan dan membuktikan bahawa kami boleh mencabar pemain utama,” katanya.

Pasangan badminton nombor dua negara itu berjaya menjejakkan kaki ke suku akhir buat kali pertama selepas menang 21-15, 12-21, 21-14 dalam masa 58 minit kepada beregu Jepun sebelum tewas dengan beregu tuan rumah yang juga pilihan ketujuh, Nitya Krishinda Maheswari-Greysia Polii 11-21, 11-21.

Bagaimanapun kejayaan itu mampu dibanggakan kerana ia bukan sahaja melonjak ke ranking 24 dunia malah mengulangi pencapaian Wong Pei Tty-Chin Eei Hui yang muncul beregu wanita terakhir Malaysia mara ke suku akhir pada Kejohanan Dunia 2006 di Madrid.

“Kini, kami sudah nampak di mana sasaran selepas ini, jika kami berjaya mengekalkan prestasi yang sama saya yakin kami mampu berada dalam kalangan 10 beregu wanita terbaik dunia,” kata Amelia lagi.

Selepas ini, Amelia-Fie Cho yang memenangi kejuaraan Terbuka India dan emas Sukan Sea itu akan menyertai Terbuka Vietnam.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");