Membawang Hari Ini

Amyra ‘terkena’

Amyra Rosli terharu dan teruja apabila kelab peminatnya, Amyra Rosli Supporters (ARS) menganjurkan majlis kejutan bagi meraikan ulang tahunnya yang ke-24 di sebuah hotel pada Isnin lalu.

Turut terbabit merancang majlis itu adalah ibunya, Noor Zaridah Ahmad serta pelakon, Amar Baharin.

Ketika diajak Amar menikmati malam malam di hotel terbabit, pelakon yang dilahirkan pada 24 Ogos itu menjalani penggambaran drama Dhia Sofea.

Sebaik membuka pintu dewan utama hotel berkenaan, Amyra terkejut apabila ahli kelab peminatnya serta wakil media menyambut kehadirannya.

Pelbagai program menarik dianjurkan sepanjang majlis hari jadi itu termasuk persembahan nyanyian Amyra dan adik perempuannya, Ajeera serta Amar yang menerima tepukan gemuruh.

Amar berkata, misi mengenakan Amyra diatur sepenuhnya ibu pelakon cantik itu.

“Dua minggu ibu Amyra bertungkus-lumus melakukan persediaan. Tugas saya adalah mengalih perhatian Amyra.

“Dia pula sibuk nak tahu tapi gagal menghidu perancangan yang dibuat,” kata Amar.

Amyra mengakui hairan apabila keluarga dan teman rapat seakan tidak mempedulikannya, malah adik yang menemaninya ke lokasi pulang lebih awal sedangkan penggambaran belum selesai.

“Dia nak balik jam 9 malam padahal saya belum habis kerja. Macam-macam dibuat hingga saya rasa pelik. Sampaikan saya rasa tertekan.

“Malam sebelumnya (Ahad) saya dikenakan peminat dan ingatkan sudah habis. Tak sangka ada lagi majlis besar menyusul.

“Saya ingat Amar ajak makan malam biasa, tetapi apabila dibawa ke dewan utama hotel saya mula rasa lain macam. Takkan makan malam di dewan utama?

“Baru nak tanya Amar tiba-tiba pintu terbuka dan semua orang di dalamnya jerit ‘surprise’. Sekali lagi saya terkena,” katanya riang.

Belum fikir jodoh

Sebelum ini Amyra pernah patah hati apabila hubungannya dengan pelakon Dazrin Kamaruddin terputus di tengah jalan.

Namun pengalaman itu menjadikan Amyra semakin tabah dan kuat.

“Tak perlu ungkit kisah lama. Saya kini bahagia di samping keluarga, rakan dan peminat.

“Apa yang berlaku sebelum ini menyedarkan saya banyak perkata. Saya bersyukur dengan apa yang ada sekarang.

“Buat masa ini belum terfikir mencari pengganti. Jodoh saya akan sampai, cuma kena tunggu saja,” katanya yang tidak menetapkan had usia untuk berkahwin.

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");