Panasnya Hari Ini

Anwar Merayu Zahid Tidak ‘Dera’ Keluarganya

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya pertemuan diantara beliau dengan keluarga dan peguamnya tidak diperketatkan.

Anwar turut merayu supaya pihak kerajaan, melalui Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi, berhenti mendera keluarganya berikutan kesukaran bertemu dengannya walaupun beliau ‘tiada masalah’ jika ia diperlakukan ke atas dirinya.

“Saya minta pertimbangan Datuk Seri Zahid Hamidi berkaitan urusan keluarga dan peguam. Semuanya terlalu ketat. Nak dera Anwar, faham. Saya faham. Itu saya tak ada masalah.

“Tapi janganlah dera keluarga saya. Keluarga nak jumpa susah…bagilah jumpa sekejap. Jangan sekat peguam saya. Ini buku nota pun tidak boleh,”katanya,, menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh PKR, memetik laporan Malaysia Kini.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa bahawa pihak penjara telah mengetatkan akses kepada bapanya berikutan ada dakwaan usaha menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kata Izzah lagi, lawatan pemimpin pembangkang, Lim Kit Siang dan Rafizi Ramli turut disekat oleh pihak penjara.

Izzah turut mendakwa, turut disekat adalah lawatan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali selepas dakwaan tersebut timbul.

Dakwanya lagi, kebiasaanya, masa pertemuan peguam adalah selama dua jam namun ianya telah dikurangkan kepada 45 minit termasuklah akses ke perpustakaan di mana Anwar berada di dalam penjara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");