Melaka: Lima kaki judi dan tiga penjaga premis berusia 16 hingga 36 tahun, ditahan Unit Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Melaka dalam Ops Dadu di rumah kedai dua tingkat, di Taman Paya Rumput, Cheng, di sini, 5.30 petang semalam.
Difahamkan, ketika serbuan dilakukan, mereka sedang asyik bermain judi komputer tanpa menghiraukan polis yang menyerbu tingkat atas bangunan dua tingkat itu.
Dalam operasi terbabit, 36 set komputer disita bersama sejumlah wang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Kamaluddin Kasssim, berkata semua ditahan dibawa ke Balai Polis Banda Hilir.
“Semua mereka ditahan mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953,” katanya.
-Metro
Komen & Pendapat