Panasnya Hari Ini

Batal Undangan: Muhyiddin Dianggap Tidak Punyai Kuasa

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasakan ada beberapa UMNO Bahagian yang beranggapan beliau tidak lagi mempunyai kuasa setelah digugurkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Saya dianggap tidak punya kuasa sejak saya digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri”, kata memetik laporan Sinar Online.

Tambahnya lagi, meskipun masih menerima undangan merasmikan mesyuarat Umno, beliau masih ragu-ragu dengan menerima undangan tersebut.

“Saya tanya mereka yang jemput saya untuk rasmikan majlis mesyuarat, betulkah mereka mahu saya yang datang rasmikan (majlis mesyuarat)?

“Saya minta supaya check (periksa) betul-betul, OK ke kalau saya datang rasmikan?” katanya sambil disambut ketawa perwakilan yang hadir.

Tambahnya lagi, tidak lagi memegang jawatan sebagai timbalan perdana menteri merupakan antara alasan dan punca utama kebanyakan perwakilan membatalkan jemputan kepada beliau untuk merasmikan mesyuarat tersebut.

“Kata mereka, saya bukan lagi memegang jawatan sebagai timbalan perdana menteri. Sebab itu mereka batalkan jemputan.

“Apa salahnya? Saya masih lagi Timbalan Presiden Umno. Tidak bolehkah saya bercakap di atas platform itu?” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Petaling Jaya Utara di Hotel Cystal Crown, di sini, hari ini.

“Saya tanya mereka yang jemput saya (bagi merasmikan majlis mesyuarat), beranikah mereka menerima saya sebagai perasmi?

Selain Pagoh, beliau turut memuji barisan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara kerana tegas dengan pendirian mereka untuk menjemput beliau selain memberi penghormatan terhadap institusi timbalan presiden.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");