Perak Hari Ini

Belum Advanture Camp (BAC) Pupuk Semangat Cintakan Alam Sekitar

Belum Advanture Camp (BAC) yang diwujudkan di Pulau Banding mampu memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam diri pengunjung yang datang ke lokasi tersebut.

BAC terletak di Pulau Banding iaitu pintu masuk ke Hutan Tropika Belum-Temengor yang berusia lebih daripada 130 juta tahun dan merupakan salah satu hutan hujan tropika tertua di dunia.

Program tersebut telah dibangunkan dengan usahasama antara pihak Belum Management and Conservation Sdn Bhd (sebuah syarikat ahli kumpulan EMKAY Group) dengan kerjasama Rainwalker Ecosystems Sdn Bhd.

PERAK TODAY 5

Pengunjung tempatan dan juga dari luar negara dapat menikmati pengalaman yang unik dan menyaksikan keindahan hujan tropika Malaysia melalui kemudahan-kemudahan yang disediakan di BAC berkenaan.

BAC telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

PERAK TODAY 2

Ujarnya, BAC mampu menjadi salah satu produk yang mampu menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke Perak.

“Kerajaan Negeri sedang mengusahakan pelbagai cara untuk mendedahkan kepada pelancong tempatan dan juga luar negara tentang keunikan dan keindahan hutan hujan.

“Dengan adanya aktiviti seperti BAC ini, kita harap ianya mampu mempromosikan warisan dan tempat-tempat bersejarah di negeri Perak,” kata beliau.

PERAK TODAY 5

Kata Nolee lagi, BAC juga mampu menarik lebih ramai pengunjung dengan pelancaran ‘Perak: Hub of Team Building’ yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri bersama Tourism Malaysia.

“Kita menganggarkan lebih dari 100,000 pelancong akan melawat ke negeri ini sempena pelancaran program ‘Perak: Hub of Team Building’ yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama Tourism Malaysia.

“Berkemungkinan ini satu peluang sektor promosi yang boleh ditawarkan melalui BAC di Royal Belum ini,” kata Nolee lagi.

PERAK TODAY 12

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Belum Conservation, Datuk Fazwinna Mustapha Kamal berkata, BAC amat sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi bagi mengadakan kursus secara berkumpulan yang mana ianya juga dapat meningkatkan tahap kesedaran tentang kepentingan kepelbagaian-eko hutan hujan.

“Peserta termasuk para pelajar sama ada sekolah rendah sehingga ke peringkat universiti, sektor korporat, pelancong serta keluarga yang hadir ke BAC akan didedahkan dengan kepelbagaian-eko yang terdapat di hutan hujan ini.

“Selain itu, BAC juga merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Belum Conservation untuk rancangan pembangunan jangka panjang bagi Pulau banding yang sekaligus dapat menjadikannya sebagai lokasi warisan utama di Malaysia,” kata beliau lagi.

PERAK TODAY 8

Tambahnya, Pulau Banding Foundation turut menyumbang dalam memastikan BAC dapat mencapai matlamatnya.

“Pulau Banding Foundation iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) tanpa keuntungan turut berganding bahu dengan BAC untuk menggalakkan penyelidikan dan eko-pelancongan melalui pembangunan mampan ekosistem hutan hujan bagi Kompleks Hutan Hujan Belum-Temengor,” kata beliau lagi.

PERAK TODAY 6

BAC mampu memuatkan sehingga 50 orang dalam satu-satu masa dengan pelbagai kemudahan seperti pondok, asrama, dewan mesyuarat, wakaf serta dewan makan.

Selain itu, ia juga menyediakan pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan oleh para peserta antaranya Flying Fox, litar tali tinggi, kayak, aktiviti merentas hutan, serta rakit.

PERAK TODAY 9

PERAK TODAY 7

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");