Panasnya Hari Ini

Bersih 4.0: Penyokong Mula Berkumpul

KUALA LUMPUR: Bersih 4.0 yang dijadualkan berlangsung 34 jam di sekitar ibu kota bermula hari ini sudah mula memperlihat penyokong perhimpunan ini menyarung baju-T bersih 4.0 berwarna kuning bergerak ke kawasan utama ibu kota.

Penyokong Bersih kali ini kelihatan tidak mengendahkan pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri telah yang mengharamkan pemakaian baju-T tersebut dan sebarang penerbitan yang berkaitannya.

Menerusi perkembangan terkini di Ibu kota, kelihatan para penyokong perhimpunan ini sudah mula bergerak di beberapa lokasi seperti di Jalan Tunku Abdul Rahman menghala ke Masjid Jamek.

Pihak anggota keselamatan yang berpakaian lengkap juga kelihatan telah mula berkawal di sekitar Dataran Merdeka dan laluan daripada Masjid Jamek ke Dataran Merdeka juga sudah mula ditutup dan dikawal ketat.

29hm83ox.transformed

Setakat ini suasana masih terkawal dan tenang.

Menerusi gambar yang dimuatnaik ke dalam facebook Peraktoday,  rata-rata pengguna facebook melontarkan pelbagai tafsiran dan kritikan berhubung perhimpunan ini.

“Saya sebagai pemuda Pas tak join benda-benda mengarut ni..buang masa,buang tenaga…pergi jalan-jalan dengan anak isteri lagi bagus,” tulis salah seorang pengguna laman media ini.

Sementara itu, menurut salah seorang orang awam, perhimpunan tersebut adalah perbuatan yang tidak bermanfaat.

11220889_910021642381099_3787305285308643396_n

 

Setakat jam 12 tengah hari tadi, keadaan di ibu negara dipenuhi dengan kehadiran ribuan peserta himpunan Bersih 4.0 namun setakat ini keadaan masih terkawal.

Tiada insiden yang tidak diingini berlaku dan beberapa lokasi yang sudah ditetapkan pihak penganjur mula dipenuhi dengan peserta himpunan yang memakai baju T, berwarna kuning.

Sebentar tadi juga, turut kelihatan pemimpin pembangkang antaranya, Rafizi Ramli,Ahli Parlimen Kapar, G. Manivanan hadir di Nu Sentral. MP Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad turut kelihatan di Sogo.

 

-Berita bakal menyusul

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");