Panasnya Hari Ini

BERSIH 4 : ‘Game Over’ Buat Najib – Bekas Duta AS

KUALA LUMPUR: Seluruh masyarakat dunia akan dapat melihat wajah sebenar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas berlangsungnya perhimpunan BERSIH 4 pada Sabtu ini.

Bekas duta Amerika Syarikat, John R Malott berkata, seluruh dunia kini sedang memerhati perkara yang berlaku di Malaysia ketika ini.

Menurut Malott lagi, beliau menjangkakan bahawa pihak polis akan menggunakan tindakan keras bagi menangani protes yang akan disertai puluhan ribu orang.

“Sudah pasti Najib, individu yang berdiri dengan tebal muka di forum-forum antarabangsa dan mengisytiharkan dirinya reformis dan liberal, akan menghantar pasukan polis menyuraikan perhimpunan itu.

“Najib akan gunakan gas pemedih mata, air kimia dan cota polis untuk memastikan kelangsungan pemerintahannya,” katanya, memetik laporan MalaysiaKini.

Katanya lagi, ianya merupakan ‘game over’ bagi Najib apabila perhimpunan itu terjadi.

“Ini benar-benar ‘game over’ untuk Najib,” katanya.

Terdahulu, BERSIH 4 dijangka akan diadakan pada Sabtu ini selama 48 jam di tiga kota besar di Malaysia termasuklah Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching.

Perhimpunan ini turut dijangka akan memberikan kesan besar terhadap Perdana Menteri yang kini sedang berhadapan dengan pelbagai isu termasuklah isu derma RM2.6 billion di dalam akaun peribadinya, isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan yang terbaru, kejatuhan nilai Ringgit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");