Panasnya Hari Ini

BERSIH 4 : Mahathir Masuk Perangkap DAP – Bung Mokhtar

KUALA LUMPUR: “Tun Mahathir sudah termasuk dalam perangkap DAP”, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin apabila diminta mengulas berkenaan kehadiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke perhimpunan BERSIH4 baru-baru ini.

Bung Mokhtar berkata, Tun Mahahtir tidak sepatutnya bersekongkol dengan parti pembangkang, terutamanya DAP.

Hal ini kerana, Tun Mahathir selalu menentang parti tersebut.

“Tun Mahathir sudah termasuk dalam perangkap DAP. Kalaupun hasrat Tun Mahathir nak turunkan Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri, Tun Mahathir tidak seharusnya meletakkan diri dalam kumpulan yang dia kritik dulu.

“Pada saya, penyertaan Tun Mahathir dalam BERSIH, pada waktu dan tempat yang salah,” lapor Free Malaysia Today.

Terdahulu, Tun Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah telah hadir bersama-sama dengan rakyat di perhimpunan BERSIH pada Sabtu dan Ahad lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan turut berkata, penganjuran himpunan tersebut merupakan agenda perkauman yang dilakukan oleh DAP.

“Kita lihat bagaimana kehadiran BERSIH 4, seolah-olah agenda DAP dengan perkauman Cinanya,”ujarnya.

Bung Mokhtar bagaimanapun berkata, tidak mustahil aka nada satu lagi demonstrasi yang akan dianjurkan oleh orang Melayu bagi memablas dendam terhadap tindakan DAP.

“Saya percaya. Akan ada perarakan yang sama pula dibuat oleh orang Melayu untuk membalas tindakan DAP.

“Kalau ini berlaku, jangan salahkan UMNO dan Melayu pula,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");