Panasnya Hari Ini

BERSIH 4: Peserta Diminta Bertenang, Tidak Timbulkan Kekacauan – SAMM

FOTO:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Orang awam yang ingin menyertai perhimpunan BERSIH 4 pada Sabtu dan Ahad ini diingatkan supaya tidak menimbulkan sebarang kekacauan pada hari tersebut dan sentiasa bertenang.

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin berkata, demonstrasi tersebut hanyalah sekadar medium untuk menyuarakan pendapat bagi mendesak supaya pentadbiran Negara, khususnya pilihanraya ditambahbaik.

Katanya lagi, SAMM juga sedar bahawa perhimpunan selama 48 jam itu tidak mampu untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“SAMM mendukung penuh tuntutan BERSIH ke arah Pilihanraya Umum yang bebas dan adil, yang mana SAMM merupakan sebahagian tenaga yang mengasaskan BERSIH sejak dari zaman Syed Syahir menjadi pengerusinya.

“Malah tidak keterlaluan, strategi BERSIH 1.0 yang diwarisi hingga kini merupakan idea asal SAMM bersama sekutu ketika itu,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Melalui kenyataan medianya juga, beliau turut meminta supaya pihak polis dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak supaya tidak menggunakan sebarang tindakan yang keterlaluan untuk menghadapi peserta perhimpunan tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa SAMM tidak membuat sebarang ketetapan untuk mana-mana ahlinya menyertai perhimpunan tersebut.

Beliau turut menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang menggelarkan diri mereka anti-BERSIH 4 sebagai separa matang.

Ujarnya, meskipun mempunyai pandangan politik yang berbeza, pihak tersebut tidak sepatutnya menzahirkannya dengan tindakan mengugut dan cuba untuk menimbulkan kekacauan terhadap sebuah perhimpunan aman yang lain.

“Jika kumpulan ini mahu membuat perhimpunan untuk tujuan menyokong Perdana Menteri, buatlah di lokasi lain atau dimasa yang lain kerana BERSIH telah diumumkan lebih awal,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");