Panasnya Hari Ini

BERSIH 4: Tun Mahathir, Tun Hasmah Hadir Kali Kedua

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Ali buat kali keduanya hadir ke perhimpunan BERSIH 4, di ibu kota hari ini.

Semalam, Tun Mahathir dan isteri turut hadir ke Dataran Merdeka dan meluangkan masa selama hampir 20 minit bersama-sama rakyat.

Memetik laporan Astro Awani, Tun Mahathir turut meluangkan sedikit masa di sekitar Pasar Seni untuk meninjau perhimpunan BERSIH 4 yang telah berlangsung sejak semalam.

Menurut gambar yang dimuatnaik oleh beberapa laman Facebook, Tun Mahathir turut menaiki komuter dari satu stesen di Kuala Lumpur sebelum turun di stesen Pasar Seni.

11949290_898988430187784_369741429683214115_n

Kemunculan bekas Perdana Menteri yang pernah mentadbir negara selama 22 tahun itu mengejutkan orang ramai semalam apabila muncul buat pertama kalinya di perhimpunan tersebut selepas tamat program di Johor Bahru.

Menurut laman Twitter wartawan Astro Awani, Tun Mahathir turut memberikan ulasan tentang kehadiran beliau ke perhimpunan tersebut.

“Kalaupun Najib jatuh, Barisan Nasional (BN) masih majoriti.

“Saya sokong rakyat! #Bersih4 pun rakyat apa.

“My spirit with u all #bersih4 participant. I may not be here until night (Semangat saya bersama peserta #Bersih4. Saya takkan berada di sini sampai malam),” kata Tun Mahathir, menurut catatan Facebook Astro Awani.

Tindakan Tun Mahathir yang ‘turun padang’ ke Dataran Merdeka semalam turut mendapat pelbagai persepsi serta pandangan daripada beberapa pihak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");