Sukan Hari Ini

Bisa Toure

London: Manuel Pellegrini yakin Manchester City akan kembali melihat kelibat terbaik Yaya Toure selepas menegaskan masalah dialami pemain itu musim lalu kini sudah berlalu.

Toure menyumbat dua gol ketika City mempamerkan potensi muncul juara Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan menakjubkan 3-0 ke atas West Bromwich Albion pada perlawanan pertama liga di gelanggang lawan, awal pagi semalam.

Sesudah menyaksikan pencabar Chelsea dan Arsenal kedua-duanya keciciran mata hujung minggu lalu, pasukan kendalian Pellegrini menggunakan kelebihan itu dengan persembahan dominan yang memberikan mereka keyakinan menjelang pertembungan dengan kelab juara kendalian Jose Mourinho, Ahad ini.

Selepas bergelut cuba menemui semula prestasi terbaiknya kerana beberapa alasan musim lalu, persembahan bintang Ivory Coast, Toure mengagumkan ketika dia memberi petanda cergas sepenuhnya dan fokus mengemudi bahagian tengah City.

“Saya selalu menyatakan musim lalu ia musim yang aneh buat Yaya, dia bermula dengan banyak masalah, kematian abangnya, ejennya, saya fikir dia mungkin tidak fokus mengenai apa yang perlu dilakukan tahun lalu,” jelas Pellegrini.

“Kami bercakap panjang sebelum musim bermula dan saya amat pasti kami akan melihat semula kelibat Yaya seperti dua tahun lalu. Dia seorang pemain yang amat penting bagi kami,” ujar pengendali dari Chile itu.

“Saya tidak fikir Yaya berhak menerima kritikan diterimanya musim lalu. Ia bukannya musim terbaik buatnya tapi dia tidaklah beraksi seteruk yang diperkatakan.

“Namun dia seorang pemain penting buat kami. Saya pasti musim lalu fikirannya kurang tenteram. Amat sukar bagi seseorang pemain apabila anda berdepan banyak masalah.”

Toure meletakkan City di depan selepas hanya sembilan minit apabila menyudahkan satu gerakan menarik sebelum menambah gol kedua dengan sepakan lencong menakjubkan 15 minit kemudian.

Ketika Vincent Kompany memastikan kemenangan dengan gol tandukan hasil sepakan sudut David Silva pada minit ke-59, pemain lama City membayangi kelibat pemain termahal Raheem Sterling yang dibeli dengan harga £49 juta (RM305 juta) pada penampilan sulung kompetitifnya.

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");