Sukan Hari Ini

Buktikan!

Manchester, United Kingdom: Manuel Pellegrini mencabar bintang Manchester City supaya membuktikan mereka sudah mempelajari sesuatu atas kegagalan mengekalkan gelaran Liga Perdana musim lalu.

Setakat tiga perlawanan awal musim ini, City melakar rekod bersih apabila menang semua aksi, menjaringkan lapan gol dan tidak melepaskan sebarang jaringan kepada lawan.

Ia mengejutkan semua pihak yang melihat aksi tidak meyakinkan City ketika pramusim tetapi pemain sebenarnya sudah menjawab segala cabaran dikemukakan Pellegrini.

Cabaran City musim lalu gagal kerana mereka kerap kehilangan mata ketika bertemu lawan bawahan dan atas sebab itu, pertemuan menentang Watford malam esok dilihat sebagai ujian buat Pellegrini.

“Kami membuat analisa mengenai apa yang berlaku musim lalu,” kata Pellegrini. “Ia bukanlah malapetaka kerana kami menamatkan saingan di tempat kedua dan kami menjaringkan gol paling banyak tetapi kami tidak begitu konsisten.

“Kami kehilangan mata ketika bertemu pasukan bawahan dan selepas tiga perlawanan musim ini, saya rasa anda semua dapat melihat pemain saya sudah mula bangkit.

“Sekarang baru Ogos dan kami akan bermain hingga Mei. Justeru, penting buat pemain untuk terus berfikir dan bekerja selaras dengan apa yang kami lakukan.”

Kecemerlangan skuad Pellegrini banyak dibantu pembelian beberapa pemain dan ada lagi yang mungkin akan datang.

Nicolas Otamendi yang dibeli dari Valencia sudah sedia untuk bermain di pertahanan tengah selepas tidak berbuat demikian ketika menang 2-0 ke atas Everton Sabtu lalu.

-http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");