Panasnya Hari Ini

Cari Dana Untuk Gerakan Parti -Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyatakan bahawa bagi memastikan UMNO terus berkhidmat kepada rakyat, beliau sentiasa berusaha mencari dana untuk menggerakkan jentera parti.

Najib menerusi penulisan terbaharunya di laman blog NajibRazak.com berkata, beliau telah lama berada dalam politik dan akan terus mempertahankan maruah dan kepentingan UMNO.

Tegasnya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri telah mengakui bahawa setiap parti politik memerlukan dana.

“Tun Dr Mahathir sendiri mengakui di dalam buku Transparency International, di mana dia sebut ‘every political party needs money’,” tulisnya.

Beliau juga menyatakan bahawa beliau berpegang teguh kepada beberapa prinsip penting untuk mendapatkan dana politik.

“Dalam usaha mendapatkan dana politik, saya berpegang teguh kepada beberapa prinsip penting iaitu jangan mencuri duit orang dan tidak menyalahi undang-undang.

“Isu dana ini saya boleh terangkan kepada ahli-ahli UMNO secara terperinci tetapi ia mestilah dilakukan secara tertutup. Perbincangan secara terbuka hanya akan merosakkan UMNO,” tegasnya lagi.

Najib juga menegaskan bahawa beliau mempunyai hak sebagai seorang presiden dalam parti UMNO.

“Saya ada hak sebagai Presiden parti dan ketika saya menjadi timbalan, saya tidak pernah menyoal Presiden parti mengenai dana yang diperoleh untuk UMNO.

“Saya dipilih oleh perwakilan melalui sistem yang paling demokratik dalam UMNO tanpa undi bonus atau kuota.

“Selagi ahli UMNO pilih dan mahu saya, saya tetap akan terus memimpin UMNO,” kata beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");