Sukan Hari Ini

Carrick tolak ke PSG, kekal bersama United

LONDON, 2 Ogos:
Pemain tengah Manchester United, Michael Carrick telah menolak rundingan dari Paris Saint Germain, sebaliknya memilih untuk kekal di Old Trafford, pada Ahad.

Menurut sumber kepada portal sukan ESPN, pengurus PSG Laurent Blanc adalah peminat besar Carrick dan berharap untuk memikat pemain tengah itu bagi mengukuhkan juara Ligue 1 itu musim depan.

Harapan PSG itu timbul selepas Louis van Gaal tampil menguatkan bahagian tengah United musim panas ini dengan pembelian Bastian Schweinsteiger dan Morgan Schneiderlin.

Kedatangan duo ‘enjin’ serangan berprofil tinggi Schweinsteiger dan Schneiderlin telah menjadikan persaingan sengit untuk kesebelasan utama, sekaligus menidakkan tempat automatik untuk Carrick beraksi.

Bagaimanapun, Carrick masih kekal sebagai pilihan pengurus Belanda itu, dengan pemain tersebut masih dalam prestasi terbaik setelah membantu United musim lalu.

Carrick, yang menandatangani perjanjian baru di Old Trafford pada Mac, dimaklumkan berkenaan tawaran PSG , tetapi memilih menolak dengan tidak merancang untuk meninggalkan United.

Pemain berusia 33 tahun itu menyertai United dari Tottenham pada tahun 2006 dan musim menjadi tahun kesepuluhnya di Old Trafford.

-http://bm.therakyatpost.com

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");