Sukan Hari Ini

Chelsea berminat pemain China

Melbourne: Chelsea membuat tawaran kepada pemain pertahanan kental China dan Guangzhou Evergrande Zhang Linpeng, menurut laporan akhbar China, hari ini.

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menghantar kontrak dengan harapan dapat mengesahkan khidmat pemain terbabit sebelum tarikh tutup musim perpindahan berakhir 1 September, menurut laporan akhbar Titan.

“Saya sangat gembira dan teruja kerana menerima undangan rasmi akhirnya,” menurut kata Zhang yang dipetik oleh akhbar itu.

“Saya bekerja keras menunggu selama lima enam tahun untuk mencapai impian bermain di luar negara dan akhirnya menerima penghargaan daripada kelab EPL.”

Zhang, 26, sedang mengatur syarat bersama dua kelab itu untuk perpindahan berkemungkinan urusan pinjaman.

Guangzhou selaku juara Liga Super China (CSL) tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan laporan.

Chelsea berdepan permulaan hambar mempertahankan gelaran EPL hanya menjaringkan tujuh gol dalam tiga perlawanan pertama musim 2015/2016. – Reuters

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");