Sukan Hari Ini

Citizens pamer karakter juara

MANCHESTER City membuktikan karakter sebagai calon untuk merampas kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membenam West Bromwich Albion (WBA) 3-0 dalam perlawanan pertamanya di The Hawthorns, awal pagi semalam.

Dua jaringan Yaya Toure diikuti gol ketiga Vincent Kompany membantu The Citizens melakar kemenangan sulung.

Menurut pengurus City, Manuel Pellegrini, kemenangan ini membuktikan pemainnya memiliki karakter untuk merampas kembali kejuaraan berbanding pasukan lain.

“Kejayaan ini bukti kami berjuang memburu gelaran. Sangat penting untuk kita menguasai awal musim dengan kemenangan dan saya gembira dengan prestasi ini.

“Jadi sangat penting untuk memenangi perlawanan kedua, apatah lagi di depan penyokong sendiri, Ahad ini,” ujarnya.

Kemenangan besar ini membawa City ke puncak carta dengan memungut tiga mata sama seperti enam pasukan lain, namun mereka mempunyai kelebihan menerusi jumlah gol.

Perlawanan seterusnya, City akan bertemu Chelsea di Stadium Etihad.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");