Panasnya Hari Ini

Cubaan Dua Lelaki Ke Negara Jiran Secara Tidak Sah Gagal

ALOR SETAR: Cubaan dua orang lelaki masing-masing seorang warga tempatan dan warga asing untuk ke negara jiran secara tidak sah, gagal apabila mereka telah ditahan oleh pihak Imigresen di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini, semalam.

Pengarah Imigresen Negeri Kedah, Mohamad Yusri Hashim berkata, kira-kira jam 4.45 petang, sebuah kereta jenis Toyata Vios berhenti di kaunter tiga pemeriksaan kereta keluar menghala ke Thailand.

“Hasil daripada pemerhatian dan pemeriksaan mendapati terdapat dua lelaki di dalam kenderaan tersebut di mana salah seorang daripadanya telah menyerahkan pasport Antarabangsa Malaysia manakala seorang lagi tidak menyerahkan sebarang dokumen perjalanan.

“Pemeriksaan lanjut oleh pegawai Imigresen bertugas mendapati lelaki tersebut tidak memiliki dokumen perjalanan untuk keluar negara sebaliknya menyerahkan sekeping MyKad yang dinyatakan miliknya,” katanya.

Ujar beliau lagi, kedua lelaki tersebut menyatakan hanya mahu ke Kompleks Bebas Cukai yang terletak selepas Kompleks ICQS dan bukan hendak ke Thailand.

Curiga dengan kenyataan tersebut, kedua-dua lelaki tersebut telah ditahan untuk diperiksa lanjut oleh pegawai Imigresen.

“Hasil pemeriksaan, pihak kami telah mendapati MyKad yang diserahkan oleh lelaki tersebut tidak menyerupai identiti gambar lelaki tersebut dan beliau kemudiannya mengaku sebagai warga Myanmar.

“Lelaki warga tempatan berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan telah cuba membantu lelaki warga asing berkenaan untuk keluar dari negara ini secara tidak sah dengan menaiki kereta Toyota Vios yang dipandu olehnya,” tambahnya.

Yusri berkata, kedua-dua lelaki yang masing-masing berusia 25 taun dan 32 tahun tersebut telah ditahan untuk siasatan lanjut oleh Jabatan Imigresen Malaysia Kedah.

“Kedua-dua lelaki tersebut telah memberi perakuan palsu semasa pemeriksaan Imigresen bagi membolehkan mereka keluar ke negara jiran secara tidak sah.

“Lelaki warga tempatan tersebut ditahan kerana membenarkan imigran haram masuk dan berada di dalam kenderaan yang dipandunya dan disiasat mengikut Sek.55E(1) Akta Imigresen 1959/63 (Pind.2002).

“Manakala lelaki warga Myanmar tersebut disiasat mengikut Sek.6(1)(c) akta yang sama kerana kesalahan tiada dokumen perjalanan yang sah,” kata beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");