Jenayah

Dadah bernilai RM120,000 dirampas

Shah Alam: Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya merampas dadah bernilai RM120,000 dalam dua serbuan berasingan di Pangsapuri Mentari Court, Petaling Jaya, 13 Ogos lalu.

Sebelum itu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD berkenaan menahan seorang lelaki warga asing berusia 28 tahun dalam keadaan mencurigakan di pangsapuri itu jam 7.30 petang hari sama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Md Tahir Kasim berkata, ketika ditahan lelaki berkenaan dipercayai membawa sebungkus plastik dipercayai ganja.

“Hasil soal siasat kami memeriksa dua rumah di pangsapuri terbabit jam 8 dan 9 malam sebelum menemui ganja seberat 32.76 kilogram dan syabu seberat 110 gram.

“Suspek direman tujuh hari bermula 13 Ogos lalu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");