Sukan Hari Ini

Daniel Sturridge Dijangka Kembali Bermain Menentang Man United Sebulan Lagi

DANIEL Sturridge mensasarkan untuk kembali bermain buat Liverpool bagi menentang Manchester United dalam tempoh sebulan lagi.

Penyerang Liverpool itu telah diberi pelepasan untuk kembali berlatih dalam masa dua minggu lagi selepas tidak bermain sejak suku akhir Piala AF lalu.

Sturridge diberitahu bahawa beliau boleh dikeluarkan sehingga November selepas menjalani pembedahan di New York akibat kecederan pinggul dan pehanya.

Bagaimanapun pemain berusia 25 tahun itu dikekalkan dengan melalui proses pemulihan yang intensif di Amerika Syarikat (AS) dan berpeluang untuk kembali berlatih lebih awal dari jangkaan.

Beliau akan kembali pulang ke United Kingdom (UK) pada hujung minggu ini untuk melengkapkan pemulihannya, sebelum menyertai pasukannya dalam latihan pada akhir bulan ini.

Jika semuanya berjalan baik, beliau dapat mensasarkan untuk menyertai Liverpool sebagai pasukan tamu menentang Manchester United di Old Trafford pada 12 September ini. – Mirror

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");