Panasnya Hari Ini

Dataran Merdeka Mula Sesak

KUALA LUMPUR: Keadaan ibu kota mula sesak khususnya di sekitar Dataran Merdeka biarpun kawasan tersebut telah dikawal ketat oleh pihak Polis.

Setakat ini keadaan masih lagi terkawal dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Ketika ini, para peserta Bersih 4.0 ini rancak melaungkan pelbagai kata-kata sorakan dan pekikan disamping mempamerkan pelbagai jenis kain rentang dengan pelbagai mesej tertentu.

Kelihatan juga para pemimpin pembangkang hadir di lokasi yang dipilih oleh pihak penganjur perhimpunan bersih kali ini.

Antaranya Rafizi Ramli yang turut bertindak berucap sambil memberi arahan tindakan selanjutnya kepada peserta Bersih 4.0 bertempat di kompleks membeli-belah Sogo.

Difahamakan, peserta Bersih akan berada di kawasan kompleks membeli belah tersebut sehingga jam 3.30 petang sebelum bergerak ke kawasan Dataran Merdeka.

Peserta Bersih 4.0 juga kebanyakkannya turut berkumpul di Menara Maybank mula berarak ke Pasar Seni dan di Nu Sentral.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang juga kelihatan tiba di pekarangan Masjid Negara sekitar jam 1.50 tengah hari tadi.

Manakala sekitar jam 2.24 petang kelihatan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  mengetuai perarakan Bersih 4 ke Dataran Merdeka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");