Sukan Hari Ini

De Bruyne kian hampiri Etihad

MANCHESTER City yakin dapat menyelesaikan perpindahan Kevin De Bruyne daripada VfL Wolfsburg pada harga RM353.9 juta.

Bekas perancang Chelsea itu dijangka terbang ke England, bagi menjalani pemeriksaan perubatan dan dijangka diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain City, hari ini.

Difahamkan, rundingan berlangsung selama beberapa minggu dan sumber dari kelab Bundesliga itu memaklumkan, kata putus sudah dicapai kelmarin.

Sekiranya perjanjian tersebut berjaya, nilai keseluruhan perpindahan dijangka berjumlah lebih RM383.4 juta yang merangkumi bonus persembahan.

Ini bermakna, De Bruyne bakal menjadi kedua tertinggi dibayar oleh kelab Inggeris selepas Manchester United ketika membawa masuk Angel di Maria daripada Real Madrid musim panas lalu, bernilai RM391.2 juta.

Sebelum ini, City membawa masuk Raheem Sterling dari Liverpool dengan nilai RM321.1 juta.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");