Sukan Hari Ini

De Bruyne minat lamaran City, PSG

Wolfsburg, Jerman: Bintang Wolfsburg, Kevin De Bruyne (gambar) mengakui dia menimbang sebarang kemungkinan berikutan minat dipamerkan Manchester City dan Paris Saint-Germain terhadapnya.

Pemain kebangsaan Belgium itu dipilih Pemain Terbaik Bundesliga Musim 2014-15 hujung minggu lalu dan persembahan hebatnya menarik minat kelab luar.

City dipercayai sedia membayar 72 juta euro (RM304 juta) bagi mendapatkan khidmat pemain berusia 24 tahun itu manakala PSG turut memantau situasinya dengan penuh minat.

Wolfsburg setakat ini keberatan melepaskan De Bruyne namun pemain tengah menyerang itu membayangkan dia sedia berpindah pada musim panas ini.

“Saya tidak tahu di mana saya akan bermain musim depan,” kata De Bruyne.

“Saya hanya perlu berlatih dengan bagus dan memastikan cergas sepenuhnya. Kemudian saya akan lihat apa yang akan berlaku.

“Tapi pasti istimewa apabila kelab besar mempamerkan minat terhadap anda. Sudah tentu saya memikirkan mengenainya.”
Wolfsburg mengulangi pendirian mereka untuk mengekalkan De Bruyne namun menyatakan bekas pemain Chelsea itu mungkin dijual jika mendapat tawaran besar.

– Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");