Panasnya Hari Ini

Dedahkan Identiti Penderma RM2.6 Bilion -Tun M

KUALA LUMPUR:Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesa agar indentiti individu penderma RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dikatakan juga daripada Timur Tengah itu didedahkan kepada semua.

Menerusi catatan beliau di ruangan blognya semalam, beliau menyelar tindakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan telah bertemu ketua pegawai pelaburan daripada penderma serta pemegang amanah keluarga berkenaan namun tidak mendedahkan siapa perderma berkenaan.

“Timbalan Perdana Menteri (Ahmad Zahid) telah bertemu dengan wakil penderma. Kemudian beliau perlu buktikan bahawa individu tersebut mempunyai sejumlah besar wang untuk diberikan kepada Malaysia dan negara-negara lain.?

“Apakah sumber wang itu? Apa perniagaan yang dibuat? Bank manakah yang digunakan? Tunjukkan akaun di bank, cek yang dikeluarkan, terutama RM2.6 bilion, dan bank penerima semestinya memegang cek tersebut,” katanya.

Tambahnya lagi penjelasan bahawa dana tersebut telah diberi kerana pendirian Malaysia terhadap Islamic State (IS) adalah tidak munasabah.

“Ianya tidak munasabah kerana Islamic State mulai menunjukkan jenama keganasan mereka itu hanya pada tahun 2014 manakala wang itu masuk pada tahun 2013 atau sebelum,” katanya.

Ujar Mahathir lagi, penerangan bahawa ianya merupakan sikap kesederhanaan Malaysia dalam Islam adalah juga tidak masuk akal kerana Malaysia tidak pernah berpendirian melampau dalam amalan agama Islam.

“Mengapa 700 juta dolar? Sesungguhnya ini adalah terlalu besar untuk keperluan pilihan raya di Malaysia, kecuali ia adalah untuk merasuah pengundi Malaysia,” catatnya lagi.

Jelas Mahathir lagi, selama ini rakyat Malaysia telah menyokong Barisan Nasional (BN) tanpa perlu dibayar rasuah besar oleh sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi oleh orang-orang asing.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");