Panasnya Hari Ini

Desak Muhhyiddin Meletak Jawatan Tidak Wajar- KJ

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin menyifatkan tindakan desakan sesetengah blog pro-UMNO supaya Tan Seri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO, adalah tidak wajar.

Memetik sumber Freemalaysiatoday,perbuatan tersebut disifatkannya sebagai tindakan yang kurang bijak.

Katanya, walaupun Muhyiddin tidak lagi mempunyai kedudukan di dalam kabinet, namun beliau masih lagi memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden, begitu juga dengan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang memegang jawatan Naib Presiden UMNO.

“Sebarang tindakan untuk menyerang dan memburukkan beliau wajar kita tolak dan tidak menggambarkan parti iaitu menghormati pemimpin. Kita tidak akan membenarkan bibit perpecahan di dalam UMNO,” katanya dalam sidang media, di Ibu Pejabat UMNO, pada Khamis lalu.

Khairy turut mendesak agar tidak aada mana-mana pihak yang turut serta melalukan tindakan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");