Jenayah

Dua bom molotov cocktail dibaling selang sejam

Kuala Lumpur: Dua bom molotov cocktail dibaling oleh individu tidak dikenali ke kawasan berhampiran persediaan sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka, dekat sini, petang tadi.

Kejadian pada 6.30 petang dan 7.30 malam itu menyebabkan kebakaran kecil pada khemah dan rumput di lereng bukit yang juga berhampiran kawasan Rumah Persekutuan Kuala Lumpur.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan kejadian pertama berlaku pada 6.30 petang menyebabkan sebuah khemah terbakar tetapi api berjaya dipadamkan.

Katanya, bom kedua di baling pada kira-kira jam 7.30 petang, bagaimanapun bom berkenaan hanya terkena pada rumput di lereng bukit sebelum berjaya dipadamkan anggota bomba yang berada di lokasi kejadian.

“Kedua-dua bom ini disasarkan di tempat yang sama dan dipercayai dibaling dari arah Jalan Kuching,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");