Jenayah

Dua cedera kereta terbabas

BERIS LALANG: Dua lelaki cedera ringan apabila kereta yang mereka naiki terbabas di Kampung Alur Pulai, dekat sini, pagi kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Bachok, Kashfi Syahmi Ghazali berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.33 pagi dan keluar sejurus kemudian.

Katanya, operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Abdul Razak Abdul Rahman bersama tujuh anggota.

“Ketika tiba di lokasi, kita mendapati sebuah kereta Proton Wira berwarna hitam terbabas di kawasan semak tepi jalan.

“Dua lelaki cedera ringan dan diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan susulan,” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");