Sukan Hari Ini

Duclos mohon tinggalkan basikal profesional Terengganu

KUALA TERENGGANU: Pengurusan Pasukan Lumba Basikal Profesional Terengganu (TSG) mengesahkan ketua jurulatih mereka, Sebastien Duclos sudah mengemukakan surat permohonan meletak jawatan pada 31 Julai lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Farhan Abdul Wahab berkata, jurulatih dari Itali itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab beliau berbuat demikian.

“Kita masih mengadakan rundingan bersama dia. Sekiranya dia kekal dengan pendiriannya, kita akan menghormati hasratnya itu,” katanya kepada Bernama.

Farhan berkata, TSG akan mencari jurulatih baharu sekiranya Duclos kekal dengan keputusannya.

“Kita sudah mengenal pasti beberapa jurulatih yang seorang daripada mereka adalah bekas jurulatih pasukan junior kebangsaan Slovakia,” katanya.

Farhan berkata jawatan jurulatih TSG kini disandang sementara Nasiruddin Wan Idrus yang juga Pegawai Operasi TSG.

Duclos dilantik sebagai jurulatih TSG pada Oktober 2014 bagi menggantikan Julian Winn yang kembali ke England selepas kejohanan Le Tour de Langkawi pada Mac 2014.

Sementara itu, Farhan berkata TSG akan menyertai kejohanan OCBC Cycle Fest Singapura pada 29 Ogos ini dengan menghantar lapan pelumba. – BERNAMA

– http://www.bharian.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");