MANCHESTER: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Manchester United, Ed Woodward kini berada di Barcelona untuk berusaha menyelesaikan urusan mendapatkan penyerang Sepanyol, Pedro, pada harga STG22 juta (RM140.8 juta).
Woodward terbang ke Catalunya semalam menjelang perlawanan Piala Super Cup Sepanyol bagi aksi kedua membabitkan Barcelona dan Atletico Bilbao di Nou Camp.
Difahamkan, pemimpin Old Trafford itu berharap dapat melakukan usaha signifikan bagi memeterai perjanjian perpindahan yang sebelum ini terganggu akibat minat sama ditunjukkan oleh Chelsea.
Meskipun pengendali United, Louis van Gaal agak kurang berminat dengan Pedro, namun kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) ini tetap mahu menyelesaikan pembelian itu bagi mengukuhkan lagi barisan penyerang pasukan musim ini.
Pedro mahu meninggalkan Barcelona selepas kecewa kurang mendapat peluang disenarai dalam kesebelasan utama. – AGENSI
– http://www.bharian.com.my