Sukan Hari Ini

EPL: Everton tolak tawaran ketiga Chelsea beli Stones

LONDON: Everton menolak tawaran ketiga Chelsea untuk membeli bintang pertahanan pasukan itu, John Stones.

Pemain England berusia 21 tahun ini sudah pun memohon untuk berpindah, namun skuad The Toffees enggan melayan bidaan skuad The Blues itu yang bernilai STG30 juta (RM195.1 juta).

“John bukan untuk dijual,” kata Pengerusi Everton, Bill Kenwright.

Difahamkan Chelsea sudah pun menawarkan harga paling tinggi untuk pemain berkenaan dan dijangka tidak lagi akan membuat bidaan baharu selepas ini.

Stones beraksi selama 120 minit untuk Everton ketika pasukannya menewaskan Barnsley 5-3 selepas masa tambahan, pada saingan pusingan kedua Piala Liga, pada Rabu.

Selepas perlawanan itu, pengurusnya, Roberto Martinez mengatakan mereka akan menolak sebarang tawaran untuk membeli pemain berkenaan.

Stones yang dibeli dari Barnsley dengan harga STG3 juta (RM19.5 juta) pada Februari 2013, masih mempunyai kontrak selama empat tahun lagi selepas menyambung semula perjanjian kekal di Everton.

Chelsea mahu mendapatkan pemain ini bagi menggantikan tempat kapten pasukan, John Terry. – AGENSI

– http://www.bharian.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");