Jenayah

Geng Ranggi tersungkur

Shah Alam: Polis menahan dua lelaki tempatan masing-masing berusia 29 tahun yang dipercayai anggota sindiket samun kilang di Kampung Jawa, Klang, kelmarin.

Kedua-duanya yang juga ahli sebuah kumpulan dikenali Geng Ranggi ditahan di rumah masing-masing kira-kira jam 6 petang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, tangkapan itu susulan daripada penahanan tiga suspek yang menyamun dan membakar kenderaan seorang lelaki di Kampung Baru Hicom, di sini.

“Hasil soal siasat kami menahan dua lagi suspek dan mereka dipercayai aktif dalam kegiatan menyamun kilang. Kami turut merampas barang curi bernilai RM750,000.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

“Kami masih memburu saki baki kumpulan berkenaan,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");