Sukan Hari Ini

Ghairah buru trofi

London: Pemain pertahanan Per Mertesacker menegaskan Arsenal seronok dengan tekanan tambahan beraksi di Stadium Wembley.

Pasukan Arsene Wenger tidak pernah menang perlawanan akhir di stadium baru itu sebelum mereka bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menjulang Piala FA pada 2014 dan mereka tidak pernah kalah dalam lima kunjungan terakhir.

Mertesacker mengetuai Gunners bagi kemenangan terbaru mereka di Wembley, catatan rekod kejuaraan Piala FA kali ke-12 Mei lalu dan pemenang Piala Dunia itu berkata, Arsenal tidak sabar menanti pertembungan Perisai Komuniti menentang Chelsea, malam esok.

“Apabila kami menuju ke Wembley sebelum ini, ia sama ada separuh akhir atau akhir,” katanya. “Memang sering kali ada tekanan dan kerap juga kami berjaya menangani tekanan itu. Sekalipun ketinggalan 0-2, kami masih mampu menangani situasi berbeza.

“Kami sudah lama tidak bermain menentang Chelsea di Wembley. Mereka bermain dengan amat bagus musim lalu, amat konsisten dan sering kali bertahan dengan baik. Saya fikir jika kami boleh belajar sesuatu daripada Chelsea, ia mengenai konsisten sepanjang musim.

“Anda perlu konsisten terutama dalam liga. Bagi piala, anda boleh memenanginya dengan enam kemenangan berturut-turut, yang berjaya kami lakukan dua kali. Keghairahan masih ada untuk menang piala dan kekal sebagai pemenang piala. Konsisten sepanjang musim amat penting. Ia apa yang dimahukan setiap pemain dan penyokong.

“Saya percaya kami mempunyai asas bagus, struktur dan keseimbangan yang baik. Kami mempamerkannya pada babak kedua musim lalu. Kami tidak banyak melepaskan gol dan ia sasaran kami bagi perlawanan pertama, terutama babak pertama musim.

“Saya fikir kunci kejayaan kami adalah tidak mengalami banyak kecederaan dan tidak mencicirkan banyak mata pada permulaan musim. Dengan cara itu kami boleh memastikan kekal mencabar.

“Kemahuan untuk mengekalkan Perisai Komuniti masih ada,” jelas Mertesacker. “Memenangi satu trofi akan meningkatkan keyakinan pasukan, terutama seminggu sebelum musim bermula.”

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");