Isu Panas

Guan Eng tarik balik saman ke atas Shaik Hussein

GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menarik balik kes saman terhadap bekas Timbalan Ketua Pemuda BN Pulau Pinang, Datuk Dr Shaik Hussein Mydin tanpa sebarang syarat yang dibuat pada 5 Oktober 2012 lalu.

Persetujuan itu dibuat dengan penuh kerelaan hati di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Nordin Hassan terhadap kes melibatkan isu Taman Manggis.

Mengikut jadual, kes ini sepatutnya menjalani perbicaraan namun Guan Eng bertindak menarik balik tuntutan beliau di mana kedua-dua pihak tidak akan membuat sebarang tuntutan atau memulakan sebaranf tindakan baru antara satu sama lain berhubung perkara-perkara yang berkaitan dengan kes ini.

Penarikkan itu melibatkan dua penyataan tuntutan terpinda yang dibuat defendan yang mengeluarkan kenyataan ‘dan saya berasakan dan saya tidak menuduh, saya tidak menuduh, saya berasakan bahawa dia telah mengambil rasuah daripada Dental, Kuala Lumpur International Dental Hospital’.

Sementara itu, defendan juga menarik balik penyataan tuntutan kedua iaitu ‘to Chief Minister of Penang, please don’t waste our time. We are busy untuk menepati janji. Dia busy untuk menipu. Dia memang tipu’.

Guan Eng diwakili peguam, Simon Murali manakala Dr Shaik Hussein diwakili Simon Tan Hong Jin.

Sebelum ini, Guan Eng memfailkan saman ke atas Dr Shaik di Mahkamah Tinggi kerana mendakwa memfitnahnya melalui satu artikel yang disiarkan sebuah portal berita Malaysiakini pada 5 Oktober 2012.

Guan Eng mendakwa Shaik Hussein secara tidak bertanggungjawab dan berniat jahat mengatakan beliau menerima rasuah daripada Pusat Pergigian Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIDC).

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");