Sukan Hari Ini

Harimau belum temui rentak

JURULATIH skuad bola sepak kebangsaan, Dollah Salleh menyifatkan pemainnya masih dalam fasa menyesuaikan diri dan cuba mendapatkan rentak ketika diikat seri tanpa jaringan menentang Bangladesh pada aksi perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam kelmarin.

Menurutnya, formasi 5-4-1 yang diterapkan kepada pemain Harimau Malaya pada 15 minit awal belum memperlihatkan kemajuan.

“Tapi, kami mula dapat rentak terutama pada babak kedua apabila berjaya menguasai keseluruhan permainan cuma jaringan gagal terhasil.

“Memang kecewa kerana banyak peluang tetapi satu pun gagal menembusi gol. Memang kita ada kekurangan di bahagian serangan.

“Jika kami dapat mengekalkan corak permainan pada babak kedua, saya rasa kami boleh memberi saingan kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) nanti. Cuma pemain perlu disiplin kerana apabila tidak disiplin di atas padang, kita takkan dapat ikut corak permainan yang kita inginkan,” kata Dollah semasa sidang media.

Malaysia akan bertemu UAE Khamis ini untuk saingan Kelayakan Piala Dunia Rusia 2018 sebelum berdepan Arab Saudi di Shah Alam, 8 September depan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");