Sukan Hari Ini

Helang Merah terus gah

Alor Setar: Impian Kedah untuk melebarkan rekod kemenangan, berhasil selepas menundukkan Kuala Lumpur 3-0 pada saingan Liga Perdana di Stadium Darulaman malam kelmarin.

Tuan rumah memulakan asakan sejak wisel permulaan dibunyikan tetapi masalah ketumpulan jentera serangan menyaksikan beberapa peluang yang terhidang, dipersiakan begitu saja.

Sorakan mula bergema di Stadium Darulaman pada minit ke-7 apabila Bang Seung Hwan menghasilkan gol pembukaan selepas memperdayakan penjaga gol Kuala Lumpur Muhymeen Mohd hasil umpanan Baddrol Bakhtiar.

Jaringan itu melonjakkan semangat pemain tuan rumah dan pada minit ke-19, Sandro Da Silva menggandakan gol selepas menerima hantaran Liridon Krasniqi dan kedudukan 2-0 kekal hingga tamat babak pertama.

Sebaik aksi babak kedua dimulakan, Kedah menghasilkan gol ketiga menerusi penalti apabila pengadil Mohd Fairuzi Mat Desa menyalahkan pertahanan Kuala Lumpur yang menjatuhkan penyerang tuan rumah, Syazwan Zainon.

Krasniqi tidak melakukan sebarang kesilapan untuk menyempurnakan penalti berkenaan sekali gus menjadikan kedudukan 3-0 buat Kedah.

Selepas jaringan itu, Kedah cuba menghasilkan lebih banyak gol namun semua pergerakan menemui jalan buntu dan terpaksa berpuas hati dengan keputusan 3-0 hingga tamat perlawanan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");