Panasnya Hari Ini

Henti Ganggu Bank Negara, Gabenor Atau Krisis Kewangan 1998 Berulang

Foto:-Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR:Kerajaan dinasihatkan untuk tidak mengganggu Bank Negara serta Gabenornya, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz atau krisis kewangan yang berlaku pada tahun 1998 akan sekali lagi.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, terdapat beberapa pihak yang mendakwa bahawa Bank Negara dan Gabenornya akan ‘diganggu’ dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga seolah-olah telah dapat ‘menghidu’ perkara ini.

“Jika kerajaan melakukan apa-apa yang mencemar dan menimbulkan curiga terhadap Bank Negara dan Gabenornya tanpa asas yang kukuh, nilai Ringgit dijangka akan menjunam lebih teruk, dan kemungkinan melepasi paras krisis kewangan 1998.

“Fikir sebelum bertindak. Utamakan kepentingan rakyat dan Negara. Apa yang diperlukan waktu ini ialah ketelusan dan siasatan diteruskan tanpa gangguan dan bukannya tindakan membalut kertas dengan api untuk mengembalikan keyakinan pelabur,” katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Ujar beliau lagi, telah wujud beberapa blog sebaik sahaja perlucutan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan Kabinet yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Julai yang lalu.

Kemunculan blog-blog tersebut dilihat cuba untuk membangkitkan keraguan terhadap Bank Negara dan Zeti yang kini dimainkan di media sosial.

Selain itu, Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dikatakan turut menerima gangguan dengan pemecatan Peguam Negara, Tan Sri Abd Gani Patail.

Dalam pada itu, pegawai-pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut diganggu oleh beberapa pihak luar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");